ASAS PRS MUDA DI CONVENT SENTUL 1

8 November 2013, Kuala Lumpur - Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management telah dijemput bagi memberikan ceramah kepada ahli PRS Muda SK Convent Sentul 1 bermula jam 8.30 pagi sehingga jam 10.30 pagi. Ceramah diberikan di bilik gerakan sekolah dengan kehadiran seramai hampir 40 orang pelajar tahun 4 dan 5.


Ceramah Asas PRS Muda membincangkan mengenai siapa itu PRS, apakah tugas PRS bagaimana untuk menjadi ahli PRS yang berjaya dan apakah peranan sebenar ahli PRS Muda. Mudah-mudahan dengan pendedahan yang diberikan akan membuka mata pelajar serta guru pembimbing dalam memastikan peranan PRS Muda akan memberikan impak yang besar kepada penjanaan akhlak unggul di sekolah khususnya SK Convent Sentul 1.

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI