AKU KE DUNIA BARU

8 Januari 2014, Kuala Lumpur - IQ Class Management memenuhi jemputan sekolah yang pertama hari ini di SK Convent Jalan Peel. Ceramah bertajuk Aku Ke Dunia Baru disampaikan oleh Perunding Utama IQ Class Management, Encik Kamarul Azami dengan baik dan berkesan selama 60 minit. Ceramah ini dimuatkan dengan mesej penting kepada pelajar tahun 4 tentang dunia tahap 1 yang mereka tinggalkan dan melangkah ke tahap 2, memulakan tahap baru yang lebih mencabar dan lebih banyak persaingan. Seramai lebih kurang 100 orang pelajar yang mendengar ceramah ini dan penceramah telah memberikan penekanan mengenai apa yang mereka perlu hindarkan dan perbaiki dalam diri mereka.


Kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah yang memberikan kepercayaan kepada kami untuk mengendalikan sekali lagi ceramah ini kepada pelajar tahun 4 SK Convent Jalan Peel. Semoga usaha ini diberkati dan dapat memberikan kesan yang positif kepada pelajar khususnya dan manfaat kepada sekolah secara amnya.

Follow by Email

BERSAMA KAMI