SMK BANDAR DAMAI PERDANA MELAHIRKAN PELAJAR SMART

11 September 2013, Bandar Damai Perdana Cheras - Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management telah dijemput untuk menyampaikan ceramah bertajuk Melahirkan Pelajar S.M.A.R.T di SMK Bandar Damai Perdana kepada pelajar-pelajar tingkatan 5.


Ceramah disampaikan kepada 2 kelompok pelajar yang menekankan aspek strategi, penumpuan minda, sikap, tanggungjawab serta pengurusan masa. Ceramah bermula seawal jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 1.00 petang. Ceramah disampaikan dengan baik dan mendapat maklumbalas yang baik dari peserta.

Kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru SMK Bandar Damai Perdana kerana memberikan kepercayaan buat kali pertama kepada kami untuk menyampaikan mesej positif dan motivasi kepada pelajar-pelajarnya. Semoga mereka berjaya dan mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan SPM akan datang.

Catatan Popular