PECUTAN AKHIR DI SK SERI ANGGERIK

5 September 2013, Cheras Kuala Lumpur - IQ Class Management telah bertandang ke SK Seri Anggerik dengan misi ceramah bertajuk Pecutan Akhir UPSR dalam pendekatan kerohanian. Peserta didedahkan dengan beberapa tip peperiksaan dan persiapan yang perlu dilakukan agar pelajar dapat menghadapi peperiksaan dengan tenang.

Ceramah disampaikan oleh Perunding Utama Latihan dan Motivasi Encik Kamarul Azami selama 1 jam bermula jam 6.00 petang sehingga 7.00 malam. Peserta diingatkan tentang beberapa keperluan peperiksaan secara emosi dan intelektual juga jasmani mereka.
Semoga mereka berjaya dalam peperiksaan yang bakal mereka hadapi kelak dan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberikan kepercayaan kepada IQ Class Management menjadi sebahagian dari pembina diri anak didik SK Seri Anggerik.

Catatan Popular