PECUTAN AKHIR DI SK LUBOK KELUBI

5 September 2013, Hulu Langat Selangor - IQ Class Management bertandang sekali lagi ke SK Lubok Kelubi dengan misi ceramah bertajuk Pecutan Akhir UPSR. Peserta didedahkan dengan beberapa tip peperiksaan dan persiapan yang perlu dilakukan agar pelajar dapat menghadapi peperiksaan dengan tenang.


Ceramah disampaikan oleh Perunding Utama Latihan dan Motivasi Encik Kamarul Azami selama 2 jam bermula jam 8.00 pagi sehingga 10.00 pagi. Peserta diingatkan tentang beberapa keperluan peperiksaan secara emosi dan intelektual juga jasmani mereka.

Semoga mereka berjaya dalam peperiksaan yang bakal mereka hadapi kelak dan terima kasih kepada pihak sekolah kerana terus memberikan kepercayaan kepada IQ Class Management menjadi sebahagian dari pembina diri anak didik SK Lubok Kelubi.

Catatan Popular