BENGKEL MOTIVASI DI SK METHODIST (P) KLANG

30 September 2013, Klang - IQ Class Managementsekali lagi menjadi pilihan sekolah bagi memenuhi permintaan sekolah berdasarkan perancangan kecemerlangan mereka menjelang tahun 2014. Tidak ketinggalan adalah SK Methodist (P) Klang yang juga telah mengambil inisiatif awal memulakan program bimbingan dan motivasi calon UPSRnya sebaik sahaja tamat peperiksaan UPSR 2013.


Bengkel yang berlangsung bermula jam 8.00 pagi memuatkan 2 sesi ceramah selama 2 jam ini memberikan matlamat dan halatuju yang perlu dibentuk di dalam minda pelajar bagi menghadapi tahun 2014. Semangat, keazaman, cita-cita dan sebab-sebab kejayaan dijelaskan di dalam bengkel ini.

Semoga usaha yang bersungguh-sungguh dari para guru ini akan berjaya menghasilkan lebih ramai pelajar sekolah yang lebih berkualiti dari segi akademik serta tidak lupa kepada pembentukan sahsiah dan moral mereka.

Catatan Popular