BENGKEL MOTIVASI BELAJAR DI SK SERDANG

25 September 2013, Serdang - IQ Class Management telah mula memenuhi permintaan sekolah berdasarkan perancangan kecemerlangan mereka menjelang tahun 2014. Tidak ketinggalan adalah SK Serdang yang juga telah mengambil inisiatif awal memulakan program bimbingan dan motivasi calon UPSRnya sebaik sahaja tamat peperiksaan UPSR 2013.


Bengkel yang berlangsung bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 1.00 petang ini memberikan matlamat dan halatuju yang perlu dibentuk di dalam minda pelajar bagi menghadapi tahun 2014. Semangat, keazaman, cita-cita dan sebab-sebab kejayaan dijelaskan di dalam bengkel ini.

semoga usaha yang bersungguh-sungguh dari para guru ini akan berjaya menghasilkan lebih ramai pelajar sekolah yang lebih berkualiti dari segi akademik serta tidak lupa kepada pembentukan sahsiah dan moral mereka.

Catatan Popular