BELAJAR CARA BELAJAR BERKESAN DI SK TAMAN MALURI

3 September 2013, Taman Maluri Cheras - Persediaan 2014 untuk pencapaian cemerlang UPSR 2014 menggerakkan tenaga pengajar di SK Taman Maluri memulakan langkah persiapan unrtuk pelajar-pelajar tahun 5 mereka. Langkah dimulakan dengan menjemput IQ Class Management yang diketuai oleh Perunding Utama Latihan dan Motivasi, Encik Kamarul Azami membimbing peserta dalam Bengkel Belajar Cara Belajar Berkesan.


Peserta diperkenalkan beberapa cara belajar berkesan bermula dari sebelum belajar, semasa belajar dan selepas belajar. Sebelum belajar, peserta diingatkan untuk membuat beberapa persiapan termasuk membina jadual harian yang berkesan. Peserta juga didedahkan dengan beberapa teknik belajar yang disampaikan oleh Perunding Latihan, Encik Johari.

Bengkel berakhir dengan perkongsian serta kesimpulan yang penting seperti teknik 3R serta sedikit motivasi. Semoga dengan usaha ini akan mampu memulakan momentum usaha para pelajar serta guru-guru demi kecemerlangan akademik bagi tahun 2014.

Catatan Popular