TERUS DENGAN MOTIVASI KE 3 SEKOLAH

24 Ogos 2013, Kapar Selangor - Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management meneruskan usaha memberikan motivasi belajar kepada pelajar-pelajar walaupun di dalam kesibukan menyambut Aidilfitri. Terakhir, IQ Class Management berada di SK Sungai Serdang buat kali ke 7 pada tahun ini. Kali ini, tema ceramah adalah Menangani Tekanan Peperiksaan UPSR selama 2 jam.


Peserta diberikan peringatan mengenai persiapan sebekum peperiksaan mereka dan ceramah ini telah didahului dengan permainan Jawab Soalan Bingo. Pada hari yang sama, IQ Class Management juga telah memenuhi 2 lagi jemputan berasingan iaitu di SK Bandar Baru Bangi untuk pelajar-pelajar tahu 4 dan 5 dengan tajuk Motivasi Belajar yang telah diwakili oleh Encik Mohad Huzaimi.

Manakala ceramah yang kedua di SK Petaling 2 yang diwakili oleh Encik Mohammad Zaki yang menyampaikan ceramah bertajuk Pecutan Akhir. Walau apapun, kami di IQ Class Management mencuba segala daya dan upaya yang terbaik bagi memastikan setiap yang disampaikan dapat diingati dan dijadikan panduan oleh peserta yang mendengarnya. Semoga usaha yang dijalankan ketiga-tiga sekolah diberikan natijah dan kejayaan yang membanggakan.

Catatan Popular