SALAM SYAWAL 1434H

Kami di IQ Class Management mengucapkan Salam Aidilfitri 1434H buat seluruh umat Islam khususnya kepada mereka yang pernah bersama kami di dalam program dan kursus anjuran bersama IQ Class Management. Tidak kira dari mana-mana peringkat sekalipun, kami ingin menghulurkan sepuluh jari memohon kemaafan dari hujung rambut kami sehingga ke hujung kaki. Jika ada kami terkasar, mengguris hati melukakan hati mahupun menyakitkan hati atau telinga atau mata tuan-tuan, puan-puan, adik-adik peserta kesayangan kami.


Sesungguhnya, silaturrahim yang pernah dijalinkan walaupun mungkin dalam tempoh masa 2 jam atau lebih pendek dari itu, merupakan anugerah rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t buat kita. Melalui siri kehidupan yang panjang ini, di atas garisan hidup kita pernah bersua dan berkenalan, mudah-mudahan ianya berkekalan dan dipertemukan jodoh untuk bertemu kembali pada masa akan datang.

Jika ini Ramadan yang terakhir buat kami dan jika berkesempatan menemui Syawal esok, tetapi ia jug aterakhir buat kami, biarlah tidak ada sebarang dosa dan kesalahan antara kita semua, kami sekali lagi memohon kemaafan dan buat semua, maafkanlah dosa orang lain kepada kita, kerana ini adalah hari kemenangan, kemerdekaan dan kebebasan.

Kemenangan menewaskan nafsu diri, untuk menang itu mudah yang sukar adalah mengekalkan kemenangan. Kemerdekaan dari perhambaan kehidupan dunia. Kekalkan ia, kuasai dunia, tetapi letakkan ia di atas tapak tangan, usah letakkan ia di dalam hati. Kebebasan fikiran serta perbuatan kita dari maksiat dan amalan buruk. Apa yang perlu adalah istiqamah. Inilah kesukaran sebenar kehidupan dan inilah jihad kita. Semoga Syawal 1434H adalah yang terbaik berbanding Syawal kita sebelumnya.

IQ Class Management
29 Ramadan 1434H
7 Ogos 2013

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI