PROGRAM PECUTAN AKHIR UPSR, PMR, SPM DAN STPM

Adalah sudah menjadi rutin tahunan bagi pelajar-pelajar peperiksaan utama di sekolah-sekolah seluruh Malaysia, membuat persiapan akhir sebelum mereka menghadapi peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM. Ia merupakan agenda yang telah disusun oleh pihak kerajaan khususnya kementerian dan sekolah bagi membantu pelajar-pelajar mengekalkan potensi kejayaan di dalam pelajaran melalui mekanisme peperiksaan sekaligus membantu untuk meningkatkan pencapaian sehingga ke saat akhir sesi pembelajaran dipelbagai peringkat.

Usaha murni pendidik di sekolah ini kadangkala mememerlukan sedikit suntikan dari tenaga luar agar pelajar mendapat sedikit maklumat yang lebih luas serta keluar dari kebiasaan yang mereka terima di sekolah. Ia bukanlah bermakna, kita menolak peranan guru-guru di sekolah, tetapi ia lebih kepada alternatif dan bantuan untuk menambah lebih baik usaha-usaha yang pastinya telah didahului oleh guru-guru di sekolah.

Program Pecutan Akhir merupakan sebuah modul yang dibangunkan oleh IQ Class Management untuk membantu meringankan usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah. Elemen yang diterapkan lebih kepada persiapan mental, emosi dan kerohanian. Ia merupakan rangkuman sesi ceramah yang menggunakan pendekatan interaktif agar peserta melaluinya dengan gembira, bermaklumat serta meninggalkan kesan di dalam hati dan pemikiran mereka dalam usaha membuat persiapan peperiksaan yang bakal mereka hadapi akan datang.

Program ini bermatlamat untuk meningkatkan keyakinan diri peserta untuk menghadapi peperiksaan serta mempersiapkan peserta untuk menghadapi peperiksaan dengan positif dan berkesan. Harapan kami, selepas tamat program ini peserta akan dapat memahami kepentingan dan keperluan peperiksaan di dalam sistem pendidikan di Malaysia, menangani tekanan peperiksaan dengan berkesan, merencana persiapan sebelum menghadapi peperiksaan dalam tempoh masa yang semakin singkat serta membuat persiapan mental, emosi dan rohani bagi menghadapi hari peperiksaan nanti.

Follow by Email

BERSAMA KAMI