PERKHEMAHAN TUNAS UNIT BERUNIFORM

Tidak dapat kita nafikan bahawa, kepimpinan merupakan satu komponen kemahiran yang penting dalam pembinaan dan pembangunan insan yang cemerlang. Kepimpinan membantu manusia untuk mencapai tujuan dan erti kehidupan yang jauh lebih bermakna dari sebelumnya. Kepimpinan juga membantu manusia untuk mencapai keharmonian dan perpaduan yang seimbang khususnya dalam pembinaan suatu bangsa atau tamadun. Namun, harus kita fahami dan sedari bahawa, setiap diri manusia ini memerlukan daya dan kemahiran memimpin walaupun hanya sekadar untuk pembangunan dalam diri sendiri. Kepimpinan bukanlah sesuatu kelebihan atau pemberian Allah kepada seseorang tetapi ia berdasarkan latihan, bimbingan dan pembinaan peribadi sejak dari kecil.

Oleh yang demikian, Perkhemahan TUNAS Unit Beruniform telah dirangka bagi memenuhi beberapa keperluan dalam pembinaan generasi muda menghadapi masa hadapan mereka dengan bertenaga. Keperluan ini amat penting dalam melahirkan generasi muda baru yang berdaya saing, tabah, bersemangat serta mempunyai semangat kesukarelaan yang tinggi. Di samping itu juga, ia dapat memupuk kemahiran diri yang tinggi seperti berdikari, setia kawan juga saling membantu di kalangan mereka. Kemahiran-kemahiran hidup lain juga diterapkan di dalam kem ini agar peserta dapat merasai kesusahan dan kepayahan dalam mengharungi kehidupan mereka seharian. Semoga ia dapat memberikan kesan yang baik kepada para peserta.

Matlamat utama perkhemahan adalah untuk meningkatkan keyakinan diri serta daya tahan diri sebagai pelajar dan ahli unit beruniform. Di samping peserta akan meningkatkan kesedaran kendiri serta upaya untuk berdikari. Oleh yang demikian, peserta sepanjang perkhemahan akan mempelajari cara hidup berdikari, membentuk kerjasama dan kerja berpasukan, meningkatkan keyakinan diri sebagai ahli kadet serta mewujudkan semangat kesukarelaan serta setia kawan.

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI