PECUTAN AKHIR UPSR DI SK DENGKIL

20 Ogos 2013, Sepang Selangor - IQ Class Management memenuhi jemputan pertama selepas cuti panjang aidilfitri dengan bertandang ke SK Dengkil semalam. Kehadiran kami adalah bertujuan untuk melaksana Bengkel Pecutan Akhir UPSR yang mana pelajar-pelajar tahun 6 akan menduduki peperiksaan UPSR pada 10 September akan datang.


Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management menjelaskan kepada peserta bahawa, pastinya untuk menghadapi peperiksaan ini akn wujud semacam tekanan yang mengakibatkan lemah semangat, gementar dan rasa takut terhadap peperiksaan. Bengkel yang berlangsung bermula dari jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 1.00 petang ini turut dibantu oleh Encik johari dan Encik Azali.

Bengkel ini diisi dengan 3 sesi dan berakhir dengan pesanan penting agar peserta bersiap sedia dengan menjelaskan sasaran, menjaga kesihatan tubuh badan, meningkatkan penguasaan dan pengupayaan penggunaan minda, membina kekuatan rohani serta emosi sebelum peperiksaan. Kami di IQ Class Management mendoakan agar semua pelajar-pelajar UPSR sudah bersiap sedia menghadapinya khususnya pelajar-pelajar di SK Dengkil. Semoga Allah membantu adik-adik di dalam urusan adik-adik.

Catatan Popular