MOTIVASI CINTA DI BULAN RAMADAN

2 Ogos 2013, Shah Alam - Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management, Encik Kamarul Azami, telah memenuhi jemputan berbuka puasa, terawih dan ceramah di SK Seksyen 7 Shah Alam sehari selepas pulang dari Kedah Darul Aman. Jemputan ini merupakan jemputan terakhir yang diterima IQ Class Management untuk bulan Ramadan Al-Kareem.


Undangan ini memuatkan aktiviti solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah yang diimamkan oleh Perunding Utama kami dan dimuatkan juga tazkirah Maghrib serta Ceramah Motivasi. Harapan pihak penganjur, adalah untuk menambahkan lebih semangat kejayaan kepada peserta dengan ceramah dan aktiviti muhasabah yang dijalankan dalam tempoh masa hampir 1 jam 30 minit selepas tarawih.

Kami di IQ Class Management mendoakan, dengan usaha yang dijalankan di dalam bulan Ramadan ini, peserta akan merasai kesannya lebih baik dan lebih menggalakkan dalam usaha mereka sebelum peperiksaan UPSR pada bulan September akan datang. Semoga Allah memberkati.

Catatan Popular