MEMBINA KEJAYAAN DENGAN CITA-CITA

26 Julai 2013, Putrajaya - Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management, Encik Kamarul Azami memberikan pesanan berharga buat pelajar-pelajar tahun 5 dan 6 di SK Precint 16 (1) Putrajaya, "Kejayaan akan berada pada mereka yang bercita-cita dan orang yang bercita-cita ini akan mengisi diri mereka dengan segala ilmu yang diperlukan untuk mencapai kejayaan yang diinginkan."


Pesanan itu menutup ceramah selama 1 jam yang disampaikan sebelum majlis iftar yang dianjurkan pihak sekolah bersama pelajar tahun 5, 6, ibu bapa beserta guru-guru sekolah. Antara lain, ceramah ini juga dimuatkan dengan beberapa aktiviti bermodul yang menggunakan kertas sebagai model atau lambang kepada pembinaan cita-cita dan diri pelajar secara peribadi.

Ia satu usaha yang murni dan kami di IQ Class Management mendoakan kejayaan anak-anak didik guru-guru di SK Precint 16 (1) Putrajaya dan semoga Allah merahmati segala usaha dan diberikan ganjaran yang setimpal.

Catatan Popular