MELANGKAH KE ALAM REMAJA

Gejala sosial yang menular dikalangan remaja hari ini adalah amat membimbangkan. Kita boleh dapati dimana-mana sahaja bahagian kehidupan masyarakat Malaysia, baik di bandar atau luar bandar menghadapi krisis pembangunan jatidiri remaja yang kini lebih cenderung untuk mengisi masa hidup mereka dengan perkara-perkara yang lebih kepada budaya keseronokan dan bermewah-mewahan.

Budaya yang juga dikenali sebagai budaya hedonisme ini merupakan budaya penjajahan yang memerdekakan jasad dan kehidupan kita di Malaysia tetapi masih berkuasa dan memerintah serta menjajah pemikiran serta budaya hidup kita khususnya anak-anak remaja pada hari ini. Ini tidak bermakna, secara keseluruhannya remaja itu terbabit dalam keadaan ini, tetapi dikhuatiri, jika tiada usaha untuk membangun dan memperingatkan mereka, maka, semakin hari, akan semakin ramailah yang terjebak dalam kancah gejala sosial yang amat membimbangkan.

Budaya hidup remaja hari ini sudah mula melihat kehidupan bebas dan tidak berpegangan adalah cara hidup yang ideal. Pemikiran ini akan melahirkan generasi yang tidak lagi berpegang kepada budaya dan adat yang diwarisi dari nenek moyang kita di Malaysia dan lebih malang lagi apabila agama bukan lagi keutamaan dan diasingkan dari cara hidup sebenar mereka.

Atas kepentingan dan keprihatinan kepada perkembangan diri remaja di Malaysia hari ini, kami di IQ Class Management berasa terpanggil untuk sama-sama menyumbang idea dan pengalaman dalam memastikan generasi muda dan remaja hari ini diberikan peringatan dan nasihat tentang perubahan diri serta persiapan mereka dalam mendepani kehidupan penuh cabaran pada hari ini.

Pembinaan modul ini adalah bermatlamatkan untuk memberikan pendedahan tentang cabaran dan hal keremajaan serta meningkatkan kesedaran mengenai masa depan serta pembinaan sahsiah diri peserta. Antara isi perbincangan bengkel ini meliputi bagaimana peserta dapat mengenali perbezaan antara dunia kanak-kanak dan dunia remaja, mengetahui tentang cabaran persekitaran sosial seorang remaja, memahami apakah peranan sebenar sebagai seorang remaja hari ini serta menimbulkan kesedaran untuk memperbaiki diri menjadi remaja contoh yang terbaik.

Modul Bengkel Melangkah Ke Alam Remaja atau MeKAR ini diharapkan akan dapat memberikan mereka inspirasi untuk menjadi remaja contoh kepada rakan-rakan mereka. Selain itu, ia juga dapat memberikan amaran awal kepada peserta tentang gejala tidak sihat dan kesannya jika mereka tidak berada dalam keadaan yang baik dan terkawal. Cabaran dan isu semasa juga akan dikongsikan bagi memastikan, pada peringkat akhir penetapan matlamat diri mereka, sentiasa melihat kehadapan dan ingin perubahan yang terbaik dan tepat.

Follow by Email

BERSAMA KAMI