BELAJAR CARA BELAJAR BERKESAN

Belajar merupakan tuntutan bagi setiap insan khususnya golongan kanak-kanak dan remaja yang berada dibangku sekolah lagi. Belajar akan mampu menjadikan seorang manusia itu berpengetahuan, berfikiran luas, terbuka dan berpandangan jauh. Apabila mereka memiliki pengetahuan, maklumat, berfikiran luas dan terbuka serta berpandangan jauh, maka ini secara tidak langsung akan membuka pintu kejayaan serta kecemerlangan dan kesenangan hidup di dunia ini.

Belajar bukanlah sesuatu yang dapat disamakan dengan hobi yang mana ia hanya dilakukan apabila ada masa lapang atau mengikut keadaan dan kemahuan sahaja. Tetapi belajar mestilah didisiplinkan, dijadualkan dan dijadikan rutin sebagaimana kita merutinkan waktu makan, main dan rehat kita. Belajar sama pentingnya dengan keperluan lain tadi. Jika makanan untuk menghilangkan kelaparan perut dan minuman menghilangkan dahaga tekak, maka belajar akan menghilangkan kedangkalan serta ceteknya pemikiran manusia.

Namun pada hari ini, minat remaja terhadap sesi pembelajaran sudah semakin menipis dan kian hilang. Mereka lebih mudah terpengaruh dengan hiburan serta kemudahan teknologi sehingga melalaikan peranan sebenar mereka. Oleh yang demikian, kami di IQ Class Management berasa amat terpanggil untuk bersama pihak sekolah khususnya dan para ibu bapa diluar sana untuk kembali membina minat dan kemahuan anak-anak mereka untuk belajar.  

Bengkel Cara Belajar Berkesan dibangunkan bagi memberikan alternatif dan pendedahan kepada pelajar untuk bagaimana mereka boleh meningkatkan minat belajar serta menggunakan cara belajar yang berkesan terhadap masa yang digunakan semasa sesi ulangkaji pembelajaran mereka. Semoga dengan terlaksananya bengkel ini, kami secara tidak langsung dapat membantu dan membimbing peserta untuk menanam minat untuk terus belajar sehingga ke pencapaian yang tertinggi di dalam bidang akademik.

Matlamat utama bengkel ini adalah untuk memberikan pendedahan tentang bagaimana cara belajar berkesan serta menilai kecenderungan bentuk pembelajaran yang sesuai untuk pelajar-pelajar gunakan sepanjang persekolahan. Kami berharap, selepas mengikuti bengkel ini peserta akan dapat; mengetahui kepentingan membuat persiapan sebelum memulakan pembelajaran atau persekolahan, mempelajari teknik mendengar dan mengambil nota semasa sesi pembelajaran, mempelajari teknik belajar yang berkesan semasa membuat ulangkaji pembelajaran, mempelajari teknik mengambil nota ringkas serta mengenali beberapa teknik membuat nota belajar.

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI