TEKNIK BELAJAR MENJELANG PEPERIKSAAN

23 Julai 2013, Hulu Langat Selangor - Bengkel Pecutan Akhir di SK Dusun Tua diketuai Perunding Latihan IQ Class Management, Encik Mohammad Zaki dengan memperkenalkan beberapa teknik-teknik mudah untuk peserta gunakan dalam langkah akhir mereka melakukan ulangkaji untuk peperiksaan UPSR yang akan menjelang. Bengkel ini dimulakan dengan sesi pengenalan, di mana di dalam sesi ini, pelajar ditetapkan matlamat belajar mereka dan diajarkan bagaimana untuk memberikan tumpuan dalam belajar. Ia bermula dari cara duduk yang betul, menggunakan deria mata dan telinga serta membuat catatan. Sesi ini dikendali oleh Encik Kamarul Azami.



Sesi diteruskan oleh Encik Mohammad Zaki dengan membincangkan mengenai bagaimana mereka perlu memilih cara belajar yang paling berkesan. Mereka diminta memilih sama ada mereka mempunyai kecerdikan seperti nature smart, musical smart, logic smart, people smart, body smart, word smart, self smart dan picture smart. Peserta kemudian diperkenalkan pula dengan beberapa kaedah mengingat seperti kaedah cantuman dan penceritaan.

Sesi terakhir peserta berpeluang untuk membuat latihan mengingat dan diperkenalkan juga dengan cara membut nota menggunakan peta minda. Sesi berakhir dengan pesanan agar menggunakan segala kemahiran ini untuk mempercepatkan proses mengingat nota dan semua pembelajaran yang diulangkaji sebagai persiapan untuk membuat pecutan yang terakhir.

Catatan Popular