REMAJA HAYATI RAMADAN DI MASJID

6 Julai 2013, Shah Alam Selangor - Ramadan 1434H disambut IQ Class Management dengan modul-modul penghayan dan menghidupkan bulan Ramadan yang dikongsi bersama para remaja di sekolah-sekolah dan masjid serta surau. Begitulah juga permulaan buat remaja anak-anak TUDM di Masjid Pangkalan Udara Subang yang telah bersama IQ Class Management mengikuti Kem Remaja Hayati Ramadan selam 2 hari 1 malam.


Kem ini bermula dengan kehadiran peserta yang mula memenuhi ruang masjid sebelum memasuki waktu solat Maghrib lagi pada 5 Julai. Peserta berkumpul selepas Maghrib dan diberikan ucapan aluan serta selamat datang oleh 8 orang fasilitator bersama perunding-perunding latihan IQ Class Management yang terdiri daripada Encik Mohammad Zaki dan Encik Johari.

Kem berjalan lancar dengan pengisian menjurus kepada perbincangan Ramadan serta membuat ulangkaji serta penghayatan ibadah puasa dan juga sedikit menyentuh hal-hal dalam bab solat. Kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh pihak Masjid Pangkalan Udaran Subang. Semoga usaha ini diberkati Allah s.w.t dan menjadi bekal yang terbaik untuk menjadi tetamu Ramadan.

Catatan Popular