PEMBINAAN MODUL INSAN KREATIF

24 Julai 2013, Shah Alam Selangor - Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management telah dijemput menjadi panel penasihat dalam pembinaan modul latihan untuk kakitangan Jabatan Agama Islam Selangor di bawah kelolaan Institut Latihan Dakwah Negeri Selangor (ILDAS). Bengkel yang berlangsung selama 3 hari bermula 22 Julai merupakan usaha ILDAS untuk memastikan kakitangan JAIS diberikan pendedahan dan kefahaman yang lebih baik mengenai tatacara kerja yang Islami.


Pengerusi perbincangan Ustaz Anas Jaafar mengharapkan, melalui Program Insan Kreatif, peserta akan dapat memahami 3 hubungan yang perlu dibina manusia iaitu hubungan dengan Allah s.w.t, hubungan sesama manusia serta hubungan dengan alam sekeliling mereka. Pembinaan modul ini berakhir dengan pembentangan hasil perbincangan selama 3 hari dan jangkamasa serta cadangan pelaksanaan modul adalah bermula pada tahun 2014.

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI