MAHIR BELAJAR BANTU ULANGKAJI BERKESAN

20 Julai 2013, Klang Selangor - Perunding Latihan IQ Class Management, Encik Mohammad Zaki telah memberikan bimbingan kepada pelajar-pelajar SK Sungai Serdang untuk bagaimana membuat persiapan untuk SCORE A Peperiksaan.

Pertemuan untuk kali keempat IQ Class Management bersama pelajar memberikan kesan lebih baik dari segi tumpuan dan kerjasama dalam pembelajaran mereka. Perbincangan menjurus kepada teknik-teknik yang terbaik dalam usaha mereka membuat ulangkaji pada saat akhir sebelum peperiksaan.

Memahirkan diri dengan teknik yang sesuai dengan kekuatan diri pelajar akan membantu peserta dalam usaha ulangkaji mereka pada saat akhir sebelum peperiksaan. Peserta juga diingatkan bahawa mereka sudah tidak boleh menoleh kebelakang lagi bahkan usaha mereka perlu terus menerus dan melupakan sebentar keseronokan kerana mereka perlu mengejar kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan UPSR akan datang.

Catatan Popular