MAHASISWA PERLU MAHIR MEMBUAT PERUNDINGAN

6 Julai 2013, Bestari Jaya Selangor - Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management, melanjutkan Bengkel Kesukarelaan IPT siri yang kedua. Kali ini, peserta diberikan carta aliran bagaimana untuk mendekati kelompok-kelompok yang ingin dilibatkan di dalam kerja-kerja kesukarelaan sosial mereka.


Peserta juga dijelaskan tentang persiapan yang perlu dibuat serta perkongsian pengalaman mengenai respon kelompok yang bakal mereka temui nanti. Pada masa yang sama, Encik Kamarul Azami mengingatkan, persiapan yang paling penting adalah memahami kertas cadangan yang ingin dibentangkan dan membuat persiapan rapi tentang apa sahaja persoalan yang mungkin timbul dalam pertemuan-pertemuan yang dibuat.

Bengkel berakhir dengan penetapan tarikh untuk tindakan serta beberapa persoalan yang timbul untuk diberi perhatian. Bengkel bermula jam 10.00 pagi dan tamat jam 12.00 tengahari.

Catatan Popular