KEKALKAN MOTIVASI ANDA SENDIRI

9 Julai 2013, Taman Maluri Kuala Lumpur - Penyebab utama kegagalan diri kita adalah diri kita sendiri. Itulah antara ungkapan yang dilontarkan oleh perunding utama kami dalam Kem Hayya 'alal Falah di Masjid Al-Iman As-Syafie Taman Maluri bersama 145 orang pelajar dari SMA Arab Ilmi.

Kem berlangsung dalam 2 dewan yang berbeza tetapi menggunakan modul yang serupa iaitu Melahirkan Pelajar SMART. Antara yang turut terlibat sama adalah Encik Huzaimi (NowSeeHeart) yang turut berkongsi pengalaman dan memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar. Aktiviti bermula jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 4.30 petang.

"Bukan berapa A atau berapa mumtaz yang diharapkan semata-mata, tetapi sikap, usaha, kemahuan untuk berjaya itu yang lebih utama," begitulah antara pesanan perunding IQ Class Management Encik Johari di dalam sesinya. Kejayaan itu milik Allah, DIA akan berikannya kepada yang layak dan sesuai dengan usahanya.


 

 

 

 

Catatan Popular