KEJAYAAN BERMULA DENGAN CITA-CITA

Cita-cita ialah sesuatu perkara yang kita mahukan sama ada perkara itu kita sangat mahukan atau sekadar mahu sahaja. Setiap hari kita memenuhkan cita-cita kita. Cita-cita untuk makan, cita-cita untuk bangun pagi, cita-cita untuk bermain, berkawan bertemu rakan, berjalan-jalan, membeli-belah dan pelbagai lagi. Cuma kadangkala kita tidak mengkategorikan ia sebagai cita-cita, mengapa?


Ini menjadikan cita-cita itu memberikan makna dalam kehidupan kita sebagai manusia. Terdapat beberapa bentuk cita-cita yang boleh kita fikirkan bersama. Pertama, cita-cita yang sifatnya kita mahu, tetapi kita tidak berusaha pun akan dapat apa yang kita mahu. Sebagai contoh, kemampuan bernafas, berjalan, melihat, makan, berasa kenyang dan sebagainya. Semua ini, kita mahu, tetapi kadangkala kurang kita berusaha atau usaha ada tetapi tidak bersungguh-sungguh, tetapi hasilnya ada. Inilah perkara yang kerapkali kita lupakan. Rasa bersyukur itu tidak lahir hanya perkara luar biasa yang berlaku kepada diri kita tetapi berfikir luar biasa akan menghargai perkara-perkara biasa ini.

Keduanya yang biasa atau selalu kita tempuh iaitu kita mahu, kita berusaha sekuat-kuatnya tetapi gagal untuk mendapatkannya. Ini kita boleh lihat dalam menjalani kehidupan untuk memiliki rumah mewah, kereta mewah, banyak A di dalam peperiksaan dan sebagainya. Kadangkala kita dapat dan selalunya mengambil masa yang panjang dan pengorbanan yang bukan sedikit. Apabila dapat, kita sujud syukur.Itu tuntutannya. Berapa ramai pula yang sujud syukur? Usaha ini memerlukan bantuan ramai pihak. Adakah kita berterima kasih kerana berterima kasih itu sebahagian dari tanda syukur kepada Allah s.w.t.

Akhir sekali tentulah, apa yang kita mahu, kita usahakan bersungguh-sungguh dan kita dapat apa yang kita mahu itu. Inilah penghargaan Allah s.w.t kepada manusia atas dunia atas apa yang diusahakannya. Sebab itu, ringkasan kepada cita-cita itu adalah capai yang terbaik, impian yang tertinggi, tempuhi segala halangan serta anjakkan paradigmamu. Orang yang mencapai cita-citanya, bersama mereka akan ada ilmu dan pengalaman yang pastinya tidak ada pada mereka yang tidak berusaha. Maka, kejayaan hanya akan bersama orang yang berilmu dan berpengalaman. Kejayaan hanya untuk orang yang terus berusaha dan tidak berputus asa.

Semoga bermanfaat untuk kita semua.

Follow by Email

BERSAMA KAMI