IBU BAPA MAIN PERANAN KEJAYAAN ANAK

3 Julai 2013, Gombak - "Ibu bapa, khususnya dan biasanya ibu, banyak membebel kepada anak, dalam bebelan tu, jangan sebutkan kesalahan mereka sangat, tapi banyakkan impian kita terhadap mereka," begitulah petikan kata-kata oleh Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management dalam ceramah beliau di SK Sungai Kertas dalam ceramah Membina Keluarga I.D.E.A.L.

Ceramah disampaikan kepada ibu, bapa dan anak penerima bantuan zakat Selangor. Ceramah yang berlangsung selama 1 jam diisi sarat dengan pengalaman dan teori dalam usaha membentuk 'usrati habibati'. Antara lainnya dimuatkan 5 ciri I.D.E.A.L ibu bapa iaitu impian, disiplin, eksplorasi, adil dan lapang dada.

Semoga usaha yang sedikit ini diganjarkan Allah s.w.t dengan pahala dan DIA jadikan anak-anak ini berjaya disisi ibu bapa yang amat dikasihi.


Catatan Popular