BERSIAP FIZIKAL, MENTAL, ROHANI DAN EMOSI UNTUK PEPERIKSAAN

12 Julai 2013, Kepong Selangor - IQ Class Management telah berkunjung ke SK Taman Bukit Maluri Kepong bagi memenuhi jemputan ceramah bertajuk SCORE A Peperiksaan pada hari ketiga berpuasa dalam bulan Ramadan 1434H. Ceramah disampaikan oleh Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management yang mana ia lebih menjurus kepada perkara yang berkaitan dengan persediaan secara peribadi mereka sebelum peperiksaan.


Antara yang dibincangkan adalah mengenai sasaran yang perlu mereka jelaskan, kecergasan badan yang perlu dijaga termasuk waktu tidur dan aktiviti fizikal yang menyihatkan. Secara tidak langsung, ia akan membantu peserta untuk meningkatkan keupayaan tumpuan mental mereka terhadap peperiksaan.

Kami di IQ Class Management mendokan kejayaan pelajar tahun 6 SK Taman Bukit Maluri Kepong dan berharap, usaha yang dilakukan guru-guru di sekolah ini adalah usaha yang terbaik untuk semua anak-anak murid mereka. Terima kasih.


Catatan Popular