BENGKEL PECUTAN AKHIR PEPERIKSAAN

Adalah sudah menjadi rutin tahunan bagi pelajar-pelajar peperiksaan utama di sekolah-sekolah seluruh Malaysia adalah untuk membuat persiapan akhir sebelum mereka menghadapi peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM. Ia merupakan agenda yang telah disusun oleh pihak sekolah bagi membantu pelajar-pelajar mengekalkan potensi kejayaan di dalam peperiksaan mereka dan mmembantu untuk meningkatkan pencapaian sehingga ke saat akhir peperiksaan.

Usaha murni pendidik di sekolah ini kadangkala mememerlukan sedikit suntikan dari tenaga luar agar pelajar mendapat sedikit maklumat yang lebih luas serta keluar dari kebiasaan yang mereka terima di sekolah. Ia bukanlah bermakna, kita menolak peranan guru-guru di sekolah, tetapi ia lebih kepada alternatif dan bantuan untuk menambah lebih baik usaha-usaha yang pastinya telah didahului oleh guru-guru di sekolah.

Bengkel Pecutan Akhir Peperiksaan merupakan sebuah modul yang dibangunkan oleh IQ Class Management untuk membantu meringankan usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah. Elemen yang diterapkan lebih kepada persiapan mental, emosi dan kerohanian. Ia merupakan rangkuman sesi ceramah yang menggunakan pendekatan interaktif agar peserta melaluinya dengan gembira, bermaklumat serta meninggalkan kesan di dalam hati dan pemikiran mereka.

Tujuan utama pembinaan modul ini adalah untuk meningkatkan keyakinan diri peserta untuk menghadapi peperiksaan serta mempersiapkan peserta untuk menghadapi peperiksaan dengan positif dan berkesan. Selain itu, kami juga amat berharap, selepas tamat bengkel ini peserta akan dapat menangani tekanan peperiksaan dengan berkesan, merencana persiapan sebelum menghadapi peperiksaan dalam tempoh masa yang semakin singkat serta dapat membuat persiapan mental, emosi dan rohani bagi menghadapi hari peperiksaan nanti. Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami segera.

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI