PROGRAM PENGHAYATAN RAMADHAN UNTUK REMAJA



Ramadan adalah bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan yang Allah s.w.t. berikan istimewa buat umat Islam. Ia merupakan bulan yang menggalakkan peribadatan, memperbaiki hubungan dan bulan yang juga dikenali oleh para cedikiawan sebagai ‘Baitussyifak’ yakni bulan atau rumah penyembuhan. Sembuh dari pelbagai penyakit yang bukan sahaja berbentul fizikal, bahkan yang ada di dalam sanubari insan. Penyakit yang hanya diketahui oleh mereka sendiri sahaja.


Maka, kita semua memohon, biarlah bulan ini benar-benar menjadi bulan penyembuh sebelum kita menyambut kemenangannya pada 1 Syawal nanti. Kita menjadi tetamu, dan mungkin kita tidak dipilihnya, apabila terpilih, maka ambillah kesempatan itu untuk terus membuat perubahan dan menjadikan diri lebih baik dari Ramadan yang sebelumnya.

Program Penghayatan Ramadan untuk Remaja merupakan rangkuman modul yang dibina IQ Class Management sebagai alternatif pilihan bagi pendidik di sekolah untuk mengisi Ramadan pelajar mereka dan membimbing remaja untuk menghidupkan bulan Ramadan. Modul yang dipelbagaikan ini adalah pengisian yang ringkas yang akan memberikan penekanan kepada aspek amalan ibadah harian yang mampu dilakukan khusus buat para remaja untuk mereka merasai dan mendalami keindahan Ramadan serta kelebihannya. Semoga Allah s.w.t. memberikan kita peluang untuk terus menyebarkan kebaikan kepada generasi pemuda dan pemudi harapan agama dan bangsa kita.

Tujuan utama modul ini dibangunkan ialah untuk menjadikan Ramadan sebagai bulan yang sentiasa dinanti oleh remaja serta menghidupkan kemuliaan Ramadan di dalam hati peserta agar sentiasa mengharap dan merindui kedatangannya.

Antara pilihan cadangan yang kami ajukan adalah Ceramah Erti Ramadan Untuk Remaja, Bengkel Remaja Hayati Ramadan dan Kem Remaja Hayati Ramadan.

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI