PRODUK LATIHAN KEKELUARGAAN





Keluarga merupakan sebuah institusi masyarakat. Sesebuah institusi berperanan besar untuk menjadikan sesuatu entiti itu berdaya saing, berketerampilan dan memiliki nilai jati diri yang tinggi. Maka, inilah peranan keluarga dalam pembentukan masyarakat yang diidamkan.



Institusi keluarga memiliki pelbagai bentuk. Namun apa yang utama ia pasti mempunyai peranan iaitu ibu, ayah dan anak-anak. Pembinaan institusi ini adalah amat bergantung kepada ibu dan ayah yang menjadi ketua dalam keluarga. Peranan mereka besar dan mereka perlu menggalas tanggungjawab ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan prihatin. Manakala anak-anak pula harus menjadikan ibu ayah mereka sebagai contoh dan meletakkan ibu bapa mereka sebagai idola yang paling hampir kepada diri mereka.

Oleh yang demikian, dalam Bengkel Kekeluargaan dan Membina Potensi Diri Pelajar serta Bengkel Sehari Kekeluargaan dan Motivasi Belajar ini, IQ Class Management akan berusaha memperjelaskan dan memperingatkan para peserta, dari kalangan ibu bapa dan anak-anak bahawa kedua-duanya mempunyai peranan untuk menjayakan institusi mereka masing-masing. Kejayaan mereka pasti akan menjadi inspirasi kepada institusi lain dalam masyarakat dan natijahnya, kita akan berjaya membina masyarakat yang cemerlang.

Bengkel ini akan menjelaskan bagaimana peranan ibu bapa untuk menjadi faktor motivasi kepada anak-anak dan bagaimana anak-anak harus menjadikan ibu bapa mereka sebagai contoh serta nasihat mereka terpakai dalam kehidupan seharian.

Kami di IQ Class Management amat berharap agar bengkel ini akan dapat membina kesedaran ibu bapa tentang peranan mereka terhadap anak-anak serta meningkatkan motivasi untuk belajar dan terus belajar di kalangan anak-anak agar dapat dijadikan contoh dan inspirasi kepada masyarakat.

Selepas mengikuti bengkel ini, diharapkan juga, peserta akan dapat menyedari bahawa anak-anak sangat memerlukan ibu bapa mereka sebagai contoh dalam hidup, mengetahui bahawa nilai jati diri dan akhlak anak-anak adalah tanggungjawab dan peranan ibu bapa di rumah, mengenali potensi diri seorang manusia dan kepentingan ilmu dalamkehidupan, memahami kepentingan belajar dalam kehidupan seorang manusia, dan belajar adalah kunci kepada kejayaan dalam hidup serta, mengetahui bahawa, mencapai kejayaan dalam hidup juga bergantung kepada matlamat hidup yang jelas.

Follow by Email

BERSAMA KAMI