MENGHAYATI ISRAK MIKRAJ PUPUK CINTA RASUL

14 Jun 2013, Gombak, Selangor - Kisah perjalanan agung Israk Mikraj ini Allah muatkan di dalam firman Nya dalam surah Al-Israk ayat 1, dan surah An-Najm ayat 13 hingga 18. Perjalanan yang jauh tetapi berlaku dalam satu malam yang singkat bermula dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis seterusnya Baginda di bawa naik ke Sidratul Muntaha dan kembali ke Mekah.

Pelbagai kisah yang dimuatkan dimuatkan di dalam perjalanan ini untuk menjadi iktibar buat ummat akhir zaman. Menurut penceramah yang merupakan Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management, peringatan itu sekadar gambaran dari Allah s.w.t yang telah Dia ulangi perkataan amaran Nya berkali-kali di dalam Al-Quran, tetapi ramai di kalangan manusia tidak memikirkanya atau ambil peduli mengenainya.

Ceramah yang berlangsung di SK Taman Seri Gombak 2 dalam 2 sesi ceramah untuk tahap 2 dan 1 masing-masing pada jam 8.00 pagi dan 4.00 petang. Penekanan penceramah yang utama kepada pengajarannya adalah mengenai pensyariatan solat. Mudah-mudahan ia dapat meninggalkan kesan kepada pendengar.


 

 

Catatan Popular