MEMBANTU ANAK ASNAF

29 Jun 2013, Dengkil - IQ Class Management diketuai Perunding Latihan dan Motivasi kami, Mohammad Zaki, telah berkampung di SK Dengkil bermula 28 Jun sehingga 29 Jun 2013 untuk menjayakan modul Program Penghayatan Islam, Motivasi dan Pembinaan Akhlak Unggul atau PrIMA.


Modul ini dibangunkan sesuai dengan keperluan dan permintaan program-program latihan dan pembangunan anak-anak asnaf. Antara isi kandungan program adalah kepimpinan diri, pemantapan fardhu ain dan motivasi.

Semoga usaha pihak sekolah membantu anak-anak asnaf ini berhasil dan menjadi amalan pahala para guru dan kepada pembayar zakat itu sendiri. Semoga Allah memberkati.

Follow by Email

BERSAMA KAMI