MEMAHAMI TANZIM HARAKI


14 Jun 2013, Gombak - Pengalaman Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management telah dijelmakan dalam satu wacana ringkas bersama pelajar UNISEL yang juga ahli  persatuan GPTD.


Pengalaman beliau yang telah bertahun-tahun terlibat secara aktif di dalam NGOi di Malaysia diperdengarkan dan dijadikan nasihat penting untuk pelajar-pelajar UNISEL. Halangan, dugaan, keluarga dan kesibukan merupakan asam garam jika telah melalui jalan ini. Beliau juga menjelaskan tentang 3 elemen dalam tanzim haraki yang tidak asing bagi mana-mana organisasi pun iaitu pemimpin, pengikut dan perencanaan.

Namun, sebagai orang yang berpengalaman, beliau mengingatkan, ibu bapa mesti menjadi keutamaan dan menyebabkan pelajaran mereka tidak boleh diabaikan. Usah jadikan sibuk di kampus sebagai alasan mengapa tidak cemerlang. Apa yang perlu adalah menjadi manusia terhebat.

Catatan Popular