KEJAYAAN MILIK YANG BERUSAHA

29 Jun 2013, Kuala Lumpur - "Semua kita ada kelayakan untuk berjaya, yang membezakan kejayaan kita adalah pada cita-cita." Itulah pesanan Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management, kepada peserta Bengkel Kekeluargaan dan Membina Potensi Diri Pelajar yang terdiri daripada ahli PERKEP, anggota PDRM dan anak-anak IPD Dang Wangi.

Bengkel bermula jam 9 pagi dengan sesi bersama ibu bapa. Ibu bapa didedahkan dengan teori IDEAL dalam membentuk keluarga idaman mereka. Keluarga IDEAL adalah keluarga yang di dalamnya sarat dengan impian, ketinggian disiplin, sentiasa membuat eksplorasi potensi diri anak dan keluarga, adil dalam pentadbiran keluarga serta sentiasa berlapang dada pada setiap kesalahan yang dilakukan di dalam keluarga. Sejurus selepas rehat, tiba giliran anak-anak pula untuk dibimbing dalam slot bertajuk mengenal potensi diri.

Sesi tamat jam 1 petang dengan komitmen ibu bapa mereka yang menunggu sehingga tamat dan turut serta dalam aktiviti yang dijalankan bersama anak-anak. Jika beginilah komitmen para ibu dan bapa, kami yakin, anak-anak mereka akan berjaya dan menjadi insan yang berguna kelak.

Catatan Popular