ETIKA PERIBADI YANG BAIK MEMBANTU MEMBINA SUASANA KERJA POSITIF

5 Jun 2013, USM, Pulau Pinang - Etika merupakan amalan kehidupan atau budaya yang dikongsi bersama dalam satu organisasi. Ia juga merupakan pengamalan dan budaya peribadi yang dihidupkan oleh seseorang individu itu sendiri. Menurut Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management, etika peribadi yang baik ialah yang empunya diri, memiliki tatacara kerja sendiri yang sistematik, melakukan tugas dengan penuh keikhlasan, berkomunikasi dengan baik dan berkesan serta berakhlak dalam perhubungan.

Itulah antara isi perbincangan Kursus Etika Kerja, Disiplin dan Motivasi bersama IQ Class Management di Pusat Penyelidikan Dadah dan Ubat-ubatan USM. Kursus ini berlangsung bermula jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang di Bilik Mesyuarat PPDU. Aktiviti bermula dengan sesi taklimat dan pengenalan. Kemudian disusuli dengan permainan 'toxic hazard' dalam sesi kenali dan fahami dan 'puzzle' dalam sesi persepsi pekerjaan.

Sesi menilai tindakan disambung selepas rehat makan tengahari dan solat Zohor dan berakhir dengan resolusi di mana peserta membuat pembentangan perbincangan tentang nilai baik yang peelu kekal dan nilai buruk yang peelu diubah. Manakala, kumpulan lain diminta memberikan ucapan, ikrar dan lagu yang ditujukan kepada rakan-rakan untuk membuat perubahan lebih baik secara berterusan.


 

 

 

Catatan Popular