CINTA MEMBAWA JAYA

10 Jun 2013, Petaling Jaya, Selangor - Semenjak tahun 2007, IQ Class Management diketuai Perunding Utama Latihan dan Motivasinya membawa mesej jelas dan mudah dalam mengembalikan motif kehidupan seorang pelajar untuk berjaya dan cemerlang melalui Motivasi Cinta.

Modul ceramah ini memuatkan 5 cinta yang perlu disuburkan dalam usaha untuk mencipta kejayaan dan kecemerlangan. Terbaru, perundin utama kami berkongsi mesej ini di Sekolah Kebangsaan Methodist Petaling Jaya. Modul yang turut memuatkan lagu Cinta 5 Perkara memberikan keutamaan cinta pelajar terhadap ibu, ayah, guru, rakan dan kecemerlangan itu sendiri.

Peserta melakukan muhasabah diri dihujung ceramah yang disampaikan. Perubahan suasana ceramah tiba-tiba berubah apabila ada dikalangan peserta tersentuh hati mereka dan mengalirkan air mata. Kami di IQ Class Management tidak pernah meletakkan tangisan peserta sebagai kejayaan, sebaliknya tangisan itu adalah bukti bahawa mereka mempunyai potensi besar untuk berjaya, maka para guru ambillah kesempatan itu untuk memperkembangkan potensi diri mereka.


 

 

 

Catatan Popular