CAPAI YANG TERBAIK

3 Jun 2013, Hulu Langat, Selangor - "Kami berharap dan kami selalu bayangkan, siapalah agaknya adik-adik 10 tahun daei sekarang. Kami percaya, adik-adik akan capai kecemerlangan dalam pelajaran dan berada di tempat yang hebat" kata Perunding Utama Latihan dan Motivasi kami dalam ceramahnya bersama pelajar-pelajar berumur dalam lingkungan 10 hingga 12 tahun. Ceramahnya yang berlangsung lebih dari 3 jam itu dimuatkan dengan input yang sarat untuk meningkatkan motivasi peserta Kem Remaja Bestari anjuran Yayasan Tenaga Nasional di Lembah Azwen Hulu Langat.

Peserta yang berada di tempat yang hebat harus memenuhi beberapa kriteria antaranya mengenal potensi diri, mensyukuri anugerah Allah s.w.t yang sangat hebat. Peserta juga disarankan agar meletakkan cita-cita yang tertinggi dan terbaik untuk masa hadapan mereka. Mencapainya bukan mudah dan pasti banyak halangan yang perlu ditempuh.

Halangan utama mereka adalah diri mereka sendiri, yakni sifat diri yang malas. Semua manusia telah dianugerahkan otak yang mampu berfikir dan memahami, maka manfaatkan dan setiasa gerak otak kita dengan cara berfikir. Kami di IQ Class Management amat berbesar hati dapat menyumbang kepada pembangunan generasi ini. Semoga Allah merahmati usaha penganjur dan pelaksana kem ini.


 

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI