BAGAIMANA BELAJAR BERKESAN?

28 Jun 2013, Sungai Serdang, Kapar - Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management menegaskan, belajar yang berkesan adalah bermula dengan diri sendiri. Beliau hadir ke SK Sungai Serdang untuk siri keempat ceramah kepada pelajar tahun 6.


Kali ini, beliau mengulangi semua perkongsian ceramah selama 3 siri sebelumnya dan mengingatkan peserta bahawa, yang akan menyebabkan mereka gagal adalah diri mereka sendiri. Usaha yang dibangunkan adalah untuk membantu bukan menjadikan mereka berjaya kerana kejayaan hanya datang dari usaha diri sendiri. Ceramah disampaikan selama hampir 2 jam dengan sedikit perbincangan mengenai usaha yang dijalankan sebelum, semasa dan selepas belajar.

Pelajar kali ini nampak lebih yakin, lebih kesungguhan dan tumpuan mereka semakin baik. Semoga usaha berterusan oleh pihak SK Sungai Serdang menghasilkan natijah pencapaian UPSR yang lebih cemerlang untuk tahun 2013 dan tahun-tahun yang mendatang.

Catatan Popular