SUASANA KERJA MERANGSANG PEKERJA

Suasana kerja terbentuk berdasarkan peranan yang dimainkan oleh beberapa pihak yang melengkapkan organisasi itu sendiri. Peranan mereka ini membentuk nilai-nilai positif yang memberikan tambahan kepada penyeri suasana di dalam pejabat. Antara pihak yang berperanan adalah ketua di pejabat, kakitangan pejabat serta lingkungan dan persekitaran pejabat itu sendiri.


Keselesaan di dalam pejabat adalah disebabkan oleh, suasana yang harmoni diwujudkan oleh kakitangan dan ketua pejabat itu sendiri. Ia sudah tentulah berteraskan kepada bentuk komunikasi yang baik, berkesan yang mementingkan hubungan insan serta ihsan. Hubungan insan merupakan hubungan yang penuh kemesraan, merendah diri, memberi pujian yang ikhlas, menegur untuk menambahbaik bukan menjatuhkan, sentiasa memuliakan, menutup aib orang lain, tidak berlebih-lebihan dalam perselisihan, memaafkan kesalahan, sentiasa memohon maaf serta tidak lekang menyebut terima kasih atas setiap bantuan yang diberikan.

Manakala hubungan ihsan pula adalah rasa belas kasihan, perikemanusiaan, kejujuran di kala tidak berada di hadapan mata, tidak mengata atau mengumpat, tidak menjadi pengadu domba, bahkan amanah dalam setiap perkara. Ringkasnya, hubungan ihsan adalah hubungan kepercayaan, hubungan yang mana Allah menjadi saksi perbuatan kita. Maka, dalam mewujudkan suasana kerja yang boleh merangsang setiap pekerja, ia perlu membentuk komunikasi insan dan ihsan. Cuba kita bayangkan bersama, bagaimana agaknya jika kita dapat bekerja dengan suasana seperti yang disenaraikan tadi? Pastinya keadaan begitu aman, suasana tenang dan sentiasa mendatangkan semangat untuk bekerja bukan?

Komunikasilah yang menjadi asas pertama dan komunikasi itu harus bersifat insan bukan haiwan, dan di dalamnya perlu ada ihsan agar ia penuh kejujuran dan ketelusan hati dan budi.

Follow by Email

BERSAMA KAMI