SEMAIKAN MINAT BELAJAR

27 April 2013, Kepong - Kepulangan IQ Class Management dari Kedah disusuli dengan 2 kursus yang menanti. Salah satunya adalah Kursus Menyemai Minat Belajar atau Semai di SK Bandar Baru Sri Damansara. Kursus yang berlangsung selama 2 hari ini memuatkan pesanan yang sarat untk peserta agar menjadi sumber penguat dan berjaya menyemai minat mereka terhadap pelajaran.


Perunding Latihan IQ Class Management, Encik Mohammad Zaki memulakan kursus dengan sesi taklimat mengenai tatacara menumpukan perhatian serta beberapa taklimat kursus awal seperti amalan 4s dan budaya tilik. Kursus ini mengetengahkan beberapa teknik pembelajaran serta pelajar dapat mengetahui apakah potensi dan keupayaan sebenar mereka di dalam pembelajaran seharian mereka.

Pada hari terakhir, pelajar didedahkan dengan teknik mengingat gaya bercerita serta peta minda. Kami di IQ Class Management berharap, dengan segala bimbingan ini dapat memberikan kesan yang baik kepada peserta dan mampu mewujudkan momentum untuk pelajar menghadapi peperiksaan yang mendatang. In sya Allah.

Follow by Email

BERSAMA KAMI