MEMBINA KECEMERLANGAN PMR DENGAN SMART

25 April 2013, Pendang - Menjadi yang terbaik merupakan tuntutan dalam menjalani kehidupan seharian. Menjadi yang terbaik merupakan ciri Muslim dan ia bukan satu khayalan tetapi ia adalah sejarah yang telah semakin pudar. Penjelasan ini disampaikan oleh Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management kepada hampir 200 orang pelajar PMR terpilih dari 29 buah sekolah agama rakyat, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Mahmud dari seluruh cawangannya di Kedah.


Program yang ditaja dan dianjurkan oleh Jabatan Zakat Kedah Darul Aman merupakan program 3 hari 2 malam dan berlangsung di Pendang Lake Resort. Program ini mengetengahkan peranan pelajar terhadap kehidupan mereka melalui konsep S.M.A.R.T. Peserta juga diterapkan dengan sistem nilai diri dan mensyukuri nikmat anugerah Allah s.w.t.

Kursus Kecemerlangan PMR diharapkan berjaya melahirkan pelajar yang dapat mengaplikasikan apa yang dirancang dan diperingatkan. Menjadi keutamaan untuk sentiasa berusaha mencapai kebaikan di dunia dan di akhirat.








Follow by Email

BERSAMA KAMI