KECEMERLANGAN AKADEMIK SEBENAR

27 April 2013, Cheras - Belum pun habis penat pulang dari negeri Aman, Kedah, IQ Class Management terus bertandang ke SK Taman Puteri untuk misi seterusnya, memenuhi Kursus Menuju Sahsiah Gemilang bersama pelajar-pelajar tahun enam di sini. Kursus yamg berlangsung bermula jam 8.00 pagi hari Jumaat 26 April ini dipenuhkan dengan aktiviti-aktiviti yang lebih menumpukan kepada soal pembentukan sahsiah berbanding akademik mereka.

Menurut Perunding Utama kami, pelajar-pelajar perlu dibentukkan sahsiah yang tepat terhadap diri mereka, barulah dapat dijana kecemerlangan akademiknya. Ia harus bergerak seiring, tidak ditinggalkan salah satu darinya. Peserta dihidangkan dengan beberapa peringatan dan ceramah, bwgitu juga aktiviti dalam kumpulan.

IQ Class Management telah diwakili oleh FaDelaT, saudara Mustafa bersama fasilitator baru iaitu Muizuddin, Illia dan Aini. Kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan twrima kasih kerana kwpercayaan yang dibwrikan kepada kami untuk menjayakan rancangan ini. Semoga ia menjadi pelaburan terbaik kita di dunia dan di akhirat.

 


 

 

Catatan Popular