AJAIBNYA MINDA

18 Mei 2013, Klang - Minda mempunyai kekuatan yang luar biasa. Pelbagai kajian secara saintifik dijalankan bagi menilai dan melihat sejauhmana kekuatan minda yang dianugerahkan Allah s.w.t kepada manusia. Begitulah serba sedikit isi kandungan perbincangan yang disampaikan di dalam tajuk ceramah Keajaiban Minda.


Ceramah ini telah disampaikan oleh Perunding Latihan dan Motivasi IQ Class Management, Encik Mohammad Zaki bin Melatusamsi di SK Sungai Serdang Kapar, Klang selama 2 jam. Antara aspek utama ceramah ini disampaikan adalah untuk menimbulkan corak pemikiran positif kepada peserta untuk mengenali kemampuan sebenar diri mereka dengan anugerah yang telah Allah berikan kepada mereka.

Ceramah ini juga mengetengahkan perbincangan soal pemakanan sihat untuk minda, kegemaran minda supaya mudah membuat nota serta musuh-musuh minda selain daripada maklumat, gambar dan video tentang keajaiban minda.

Catatan Popular