PATUH, KETUA DAN TELADAN, ASAS KEPIMPINAN MUDA

10 April 2013, Sepang - Tidak mudah untuk seorang pemimpin menjadikan dirinya contoh kepada rakan-rakan bersamanya. Apatah lagi apabila ia melibatkan pwmimpin muda. Namun, adalah tidak mustahil, wujud dikalangan pemimpin muda ini keupayaan sedemikian.

IQ Class Management telah berada di SK Taman Putra Perdana 2 untuk Bengkel Asas Kepimpinan Muda dan kami mendapati keupayaan kepimpinan muda di sana wajar dikagumi. Kebolehan kepimpinan mematuhi arahan menjadikan segala aktiviti lancar dan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Semua arahan yang dikeluarkan segera dilakukan namun tidak sunyi dari beberapa masalah kecil termasuk kecuaian melaksana tugas sehingga tugasan itu tidak diselesaikan dengan sempurna.

Walaubagaimanapun, IQ Class Management sangat positif melihat keupayaan beberapa orang pemimpin muda yang mampu mengetuai pasukan mereka dan dijangka mereka juga akan mampu diteladani. Tahniah kami ucapkan kepada usaha yang telah dimulakan oleh guru-guru di SK Taman Putra Perdana 2.


 

 

Catatan Popular