MELAHIRKAN KEPIMPINAN MUDA YANG BERKESAN

6 April 2013, Bangsar - Perunding IQ Class Management telah bersama pelajar SK Bangsar bermula jam 8.00 pagi untuk Bengkel Kepimpinan Muda Berkesan. Aktiviti berlangsung dengan lancar dan berjaya menarik minat dan perhatian peserta.


Antara yang dibincangkan adalah kejujuran sebagai seorang pemimpin, akhlak bersama rakan dan guru, ketegasan dalam membuat sebarang keputusan serta ikhtiar yang kuat dalam melaksana tugasan harian mereka dengan sempurna. Lebih dari 100 peserta menyertai bengkel ini dan IQ Class Management juga dihadiri fasilitator yang membimbing pelajar dengan baik.

Kami berharap dengan apa yang disampaikan akan dapat peserta aplikasikan di dalam kehidupan mereka dan menjadikan mereka pemimpin yang berkesan di sekolah dan pada masa hadapan.

Catatan Popular