KEPIMPINAN MUDA YANG BERKESAN HARUS JUJUR

13 April 2013, Klang - Kejujuran merupakan nilai utama yang harus diterapkan di dalam pembinaan peribadi kepimpinan muda yang berkesan seawal peringkat sekolah rendah lagi. Ia adalah sebahagian dari penekanan yang diberikan dalam Kursus Kepimpinan Muda Berkesan di SK Pulau Indah 2 Klang. Ia secara langsung akan membina akhlak pemimpin serta tegas dan kuat ikhtiar.

IQ Class Management sekali lagi dipelawa setelah tahun 2012 kami bawakan Kursus Asas Kepimpinan Muda di sekolah ini. Kepimpinan muda harus mendapat perhatian dan dijadikan agenda pembangunan tahunan agar keperibadian mulia dapat dilahorkan dan dijadikan contoh dikalangan rakan-rakan mereka.

Terima kasih atas peluang yang diberikan kepada IQ Class Management dan semoga kepimpinan di SK Pulau Indah 2 menjadi kepimpinan yang boleh diteladani dan tahnian kami ucapkan atas usaha guru-guru yang berterusan.




 

Follow by Email

BERSAMA KAMI