BE SMART TO BE SUCCESS

6 April 2013, Ampangan - Bentukkan pemikiran yang strategik sebelum mula mengejar impian yang besar. Nasihat penting ini disampaikan oleh Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management kepada hampir 200 orang pelajar Kolej Vokasional Ampangan Seremban. Ceramah berlangsung selama 2 jam dengan dihadiri juga fasilitator dari UKM.

Peserta dijelaskan tentang pemikiran yang perlu disusuli dengan perancangan dan tindakan yang strategik. Kejayaan akan ditempa jika hati dan pemikiran ini lurus dan penuh kesungguhan. Halangan paling besar dalam diri adalah sikap yang tidak mahu diubah. Beliau menjelaskan dan meminta peserta untuk memulakannya dengan kaedah mudah bermula dari fikir, buat dan cakap yang positif.

Akhirnya peserta akan membentuk diri menjadi orang yang bertanggungjawab serta menghargai masa dan kesempatan yang ada. Mudah-mudahan, peserta dapat mengaplikasikan serta menjadikan usaha memperbaiki diri sebagai agenda utama mencapai kejayaan yang lebih besar.

Catatan Popular