BAIKI KELEMAHAN, KURANGKAN KESILAPAN

19 April 2013, Kapar - Pelajar diingatkan untuk baiki kelemahan dan kurangkan kesilapan menjelang peperiksaan yang akan datang dalam rangka persiapan mereka menghadapi peperiksaan UPSR tahun 2013. Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management menyifatkan, kegagalan atau rendah markah pelajar di dalam peperiksaan adalah kerana tidak menekankan kelemahan untuj dibaiki dan tidak berusaha dari mengelakkan dari kesilapan.



"Jika orang yang sama belajar dengan kita, sama sekolah dengan kita, sama main bola dengan kita, sama berjawatan pengawas dengan kita, boleh dapat A, kenapa kita tidak boleh?" Begitulah kata-kata semangat yang disampaikan beliau dihadapan lebih 80 orang pelajar tahun 6 di SK Sungai Serdang, Kapar, Klang.

Ceramah yang disampaikan selama 2 jam ini merupakan ceramah motivasi bersiri secara bulanan yang dijalankan oleh pihak sekolah bersama IQ Class Management dengan hasrat dapat mengubah sikap, mentaliti dan membakar semangat pelajar untuk terus berusaha sehingga mereka berjaya dan dapat dikongsikan kejayaan mereka bersama orang lain.

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI