SK JALAN SUNGAI BESI (2)

22 Februari 2013, Sungai Besi - Alhamdulillah, khidmat kami masih diperlukan di SK Jalan Sg Besi (2) untuk ceramah keibubapaan bertajuk Ibu Bapa Cemerlang Anak-anak Terbilang. Ceramah yang sedikit terlewat kerana tersesat untuk tiba di sekolah bermula dengan lancar. Ibu bapa cemerlang telah diterjemahkan oleh Peeunding Utama sebagai Ibu Bapa SMART.

Ibu bapa yang cemerlang harus ada strategi yang baik buat anak-anak, mereka, berusaha secara berterusan untuk mencapainya, sikap yang benar terhadap keluarga dan diri, rasa dipertanggungjawabkan dan melaksanakannya dalam tempoh yang ada ditentukan Allah s.w.t..

Kami di IQ Class Management, mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan dan mendoakan agar anak-anak di AK Jalan Sg Besi (2) berjaya di dunia dan akhirat.


Catatan Popular