PEMIMPIN MEMIMPIN MELALUI TELADAN BUKAN PAKSAAN

Sudah menjadi kemestian seseorang pemimpin menggunakan khidmat anak buahnya dalam melaksana atau menyelesaikan satu-satu misi atau tugas mereka. Tenaga ini bagi kebanyakan pemimpin adalah satu kemestian untuk digunakan bahkan adalah satu kerugian jika dibiarkan. Pemikiran ini tidak salah sama sekali bahkan ia amat digalakkan dalam hal dan keperluan pembelajaran dan pengalaman bagi seorang pekerja.


Apa yang berlaku kadangkala tidak seperti yang kita bersama bayangkan. Si ketua lebih gemar mengarah. Apa sahaja yang datang padanya, akan diseru nama pekerja atau orang bawahannya. Sehinggakan tindakannya itu adalah semata-mata untuk melepaskan dirinya sahaja. Apabila kerja itu tidak sempurna, dimakinya orang bawahannya sehingga hilang akhlak dan hormat kepada sesama manusia.

Berpolitik adalah membina pengaruh. Bagi seorang pemimpin, baik dalam organisasi kecil sekalipun, mereka perlu berpolitik. Bukan untuk membina pengaruh kuasa atau menanam kebencian serta persaingan kuasa, tetapi untuk mudah melaksana tugas dan mendapat kerjasama dari orang bawahan. Pemimpin yang baik, mempunyai kemahiran memerhati dan membimbing yang baik. Ia kami perkenalkan sebagai 'monitoring skill'.

Pemimpin juga harus mudah membantu agar mudah mendapat bantuan. Ini dikenali sebagai bantu atau 'assist'. Manakala dalam proses membuat keputusan, seorang pemimpin perlu pula bermaklumat atau 'informative'. Ini memerlukan kemahiran untuk mengumpulkan maklumat dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas. Akhir sekali, seorang pemimpin perlu bersikap neutral, tidak berat sebelah atau memenangkan mana-mana pihak tanpa menilai kebenarannya. Bahkan pemimpin juga perlu merasakan dan meletakkan dirinya sebanding dengan orang bawahan dalam beberapa isu dan keadaan. Ini menjadikan seorang pemimpin itu mudah memulakan, mudah membantu, meringankan beban dan berada dalam kasut mereka yang kesusahan. Inilah dia memimpin melalui teladan dan bukan melalui tekanan.

Follow by Email

BERSAMA KAMI