MUSLIM DAN KOMUNIKASI BERKESAN



22 Mac 2013, Tanjong Karang - Perunding Utama Latihan dan Motivasi telah dipelawa untuk memberikan bimbingan dan berkongsi pengalaman bersama beberapa penggerak GPTD UNISEL mengenai bagaimana komunikasi yang terbaik dalam tugasan mereka turun ke masyarakat dalam misi tugasan mereka akan datang.


Pengalaman menggerakkan PEPIAS, ABIM dan YATIM memberikan kelebihan kepada Perunding Utama IQ Class Management ini memberikan ceramah beliau. Penjelasan mudah beliau mengiktiraf, akhlak Muslim sebagai komunikasi yang paling berkesan dan tinggi berbanding mana-mana kemahiran komunikasi yang lain. Muslim itu harus mensejahterakan orang lain serta menyenangkan.

Peserta kemudian dibimbing untuk berdepan dengan kemungkinan untuk memberikan ucapan dalam sesi pengucapan awam. Pertamanya peserta diingatkan tentang prinsip asas pengucapan awam iaitu BIT. Peserta kemudian diberikan tajuk praktikal pengucapan awam iaitu 'People talking without saying and people listening without hearing'.

Catatan Popular